Van Sewa Puchong

Anda sedang mencari kenderaan yang besar untuk menghantar barang? Ataupun anda sedang mencari van sewa yang mempunyai tempat duduk melebihi 10 penumpang dan sebagainya? Anda berada di halaman yang betul, di mana DNZ Car Rental selain menyediakan perkhidmatan kereta sewa Puchong, kami juga ada menyediakan perkhidmatan Van Sewa Puchong dan sekitar kawasan yang berhampiran.

Van sewa kami mempunyai senarai harga yang anda mampu-sewa. Boleh sewa secara harian, mingguan mahupun bulanan. Bagi mereka individu / syarikat yang ingin menyewa melebihi 1 tahun dan keatas, special harga sewa akan diberikan berdasarkan kepada persetujuan antara dua pihak. Diskaun sehingga 60% bagi kenderaan / van sewa yang terpilih mengikut tujuan & lokasi pengguna van sewa tersebut. Penghantaran van sewa ke lokasi peminjam juga turut disediakan bagi memudahkan urusan sewa van dan caj minima akan dikenakan mengikut jarak (KM). Sekiranya jarak lokasi anda dalam radius 5KM, penghantaran van sewa adalah percuma dimana krew Van Sewa Puchong akan melakukan proses penghantaran & pengambilan semula van sewa tersebut.

Van Sewa Murah Puchong

Harga van sewa di sekitar Puchong adalah bermula dari RM350 – RM450 sehari mengikut jenis model dan tahun keluarannya. Di sini, kami ada menyediakan 2jenis van, iaitu van sewa penumpang & van sewa berpanel (khusus untuk penghantaran barang). Bagi mereka yang mementingkan jumlah seat penumpang, bolehlah menyewa van sewa penumpang kami serendah RM350 sehari. Manakala bagi perkhidmatan van sewa berpanel, kami ada menyediakan khidmat pemandu. Van sewa berpemandu ini memerlukan tempahan awal bagi memberi peluang kepada syarikat van sewa untuk mengatur jadual operasi.

Pemandu-pemandu syarikat Van Sewa Puchong adalah professional, terlatih dan mahir dengan selok-belok perjalanan di sekitar lembah Klang dan seluruh Malaysia secara amnya. Sebagai antara pengusaha van sewa yang beroperasi di Puchong, kami di DNZ Car Rental akan berusaha memenuhi permintaan van sewa pada kadar harga sewa mampu-milik, murah tetapi servis yang berkualiti.

Servis Van Sewa Di KLIA / KLIA2

Selain sekitar area Puchong, DNZ Car Rental juga turut menyediakan perkhidmatan van sewa bagi mereka yang turun di KLIA / KLIA2. Sewa minima adalah 1hari untuk van sahaja, manakala van sewa berpemandu mengikut jarak perhentian. Sebagai pengusaha Van Sewa Puchong & KLIA, kami amat menitikberatkan kualiti servis di mana van sewa perlu sentiasa berkeadaan selamat & bersih untuk keselesaan para pelanggan. Penghantaran terus ke KLIA / KLIA2 turut disediakan pada kadar caj yang minima disebabkan pusat operasi utama kami terletak di Puchong.

Sekiranya pelanggan yang datang dari jauh dan memerlukan homestay / motel / hotel yang berdekatan, kami juga turut mempunyai rakaniaga yang boleh membantu mereka sekiranya perlu. Hubungi nombor yang tertera di website ini bagi memudahkan pihak kami membantu anda, memenuhi kehendak para pelanggan.

Waktu Operasi Van Sewa Puchong

Perkhidmatan van sewa bermula jam 9am – 11pm setiap hari. Tiada sewaan secara jam, hanya sewaan harian, mingguan dan juga bulanan sahaja yang dibenarkan. Manakala tambahan jam hanya dibenarkan sekiranya penyewa telahpun menyewa selama 24jam. Seperti contoh, jika anda mula menyewa van sewa pada jam 10am hari ini, maka 10am esoknya adalah dikira 1hari. Dan sekiranya anda ingin menambah jam, anda hanya perlu membayar mengikut kadar sewaan jam seperti mana yang tertera di dalam borang perjanjian sewa.

Sebagai pengusaha van sewa Puchong yang telah lama beroperasi sekitar 2015, bagi pelanggan setia kami, terdapat sedikit keistimewaan yang diberikan kepada mereka sebagai tanda penghargaan terima kaseh kepada mereka yang menyokong bisnes van sewa ini. Kebiasaannya bagi mereka yang menyewa melebihi 2-3hari, tambahan per jam seperti 2-4jam tiada caj yang perlu mereka bayar. Untuk senarai harga sewa sila klik sini —-> Harga Sewa

Kawasan Operasi Van Sewa Di Puchong

Berikut merupakan kawasan-kawasan yang mana perkhidmatan van sewa Puchong beroperasi:

  1. Pusat Bandar Puchong
  2. Taman Puchong Permai
  3. Puchong Perdana
  4. Bandar Puchong Utama
  5. Saujana Puchong
  6. Bandar Puteri
  7. Bandar Kinrara
  8. Taman Perindustrian Puchong

Market Bisnes Van Sewa Di Puchong

Sekitar 2-3tahun kebelakangan ini, didapati bisnes pengangkutan sepeti kereta sewa, van sewa dan sebagainya semakin berkembang pesat, tumbuh bagaikan cendawan. Mungkin antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya cabang-cabang bisnes ini disebabkan oleh faktor permintaan terhadap bisnes itu sendiri. Seperti yang kita ketahui, Puchong merupakan antara bandar yang pesat membangun, mempunyai premis-premis perniagaan kecil sehinggalah besar dan juga kepadatan penduduk yang ada di Puchong. Dengan ini, peluang ekonomi setempat akan berkembang pesat dan memerlukan bisnes pengangkutan seperti kereta sewa, van sewa bagi membolehkan aktiviti ekonomi dijalankan.

Kami di syarikat Van Sewa Puchong turut menjalinkan hubungan kerjasama di antara pengusaha-pengusaha van sewa bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang semakin menaik selepas tamatnya PKP. Sekiranya penawaran van sewa tidak mencukupi, kami akan mendapatkannya dari pengusaha luar kawasan seperti dari syarikat Kereta Sewa Shah Alam, Klang dan sebagainya.

Carian Van Sewa Puchong Menerusi Google & Social Paltform

Internet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan menggunakan telepon / smart phone untuk melakukan aktiviti carian, bersosial dan sebagainya. Kewujudan platform seperti FB, IG & Google menggalakkan lagi penggunaan Internet seharian. Dalam konsep bisnes kereta sewa, sudah pasti bagi mereka yang memerlukan van sewa khususnya di Puchong, akan melakukan carian samada menerusi Google Search, FB mahupun IG dan sebagainya.

Seperti contoh, sekiranya pelanggan ingin mencari “Van Sewa Puchong”, mereka akan membuat carian di Google mahupun FB. Maka akan terpapar senarai-senarai pengusaha / bisnes yang berkaitan di halaman pertama @ first page. Dengan itu, pelanggan boleh memilih penyedia van sewa yang mana mereka kehendaki dan mendapatkan van sewa tersebut pada kadar harga mampu-sewa.

Pengiklanan Pemasaran Online & Offline Servis Van Sewa Puchong

Nadi utama penggerak bagi sesuatu bisnes / peniagaan adalah marketing. Tujuan utama marketing dibuat adalah untuk memperkenalkan bisnes / perniagaan kita kepada orang di luar sana, supaya mereka akan tahu kewujudan bisnes kita dan mereka boleh mencari bisnes kita bila mana ia diperlukan. Pemasaran yang berjaya memerlukan pengiklanan secara online (digital) dan juga offline (fisikal). Sebagai contoh, team Van Sewa Puchong akan menggunakan social platform seperti FB & IG dan juga Google untuk beriklan dan ini dipanggil sebagai teknik pengiklanan secara online.

Manakala penggunaan bahan fisikal seperti banner, bunting, kad bisnes merupakan medium pengiklanan secara offline di mana pengusaha bisnes terpaksa meletakkan medium-medium tadi di tempat-tempat awam dan terbuka. Teknik pemasaran / pengiklanan ini mempunyai kelebihan dan juga kelemahan, dan terpulang kepada pengusaha itu sendiri untuk menilai mana yang baik dan optima.

Bagi mereka & pelanggan diluar sana, yang memerlukan perkhidmatan van sewa yang selesa, bersih dan mampu-milik, sila hubungi team Van Sewa Puchong kami menerusi nombor telefon yang tertera di website ini. Hubungi kami segera !!!